PENGENALAN
Siri manga dan anime One Piece mempunyai suatu kumpulan watak yang banyak direka oleh Eiichiro Oda. Siri ini berlatarkan sebuah dunia fiksyen yang mempunyai banyak lanun, askar, revolutionaries
dan pengembara lain bertarung sesama sendiri, menggunakan pelbagai
kuasa luar biasa. Siri ini mengisahkan tentang pengembaraan sebuah
kumpulan lanun mencari harta karun bernama One Piece.
Watak utama dalam One Piece ialah Monkey D. Luffy,
lanun muda yang bercita-cita untuk mencontohi Gol D. Roger, Raja Lanun
yang telah meninggal dunia, dengan mencari harta karun "One Piece".
Dalam perkembangan siri ini, Luffy membentuk sebuah kumpulan lanun,
dipanggil Lanun Topi Jerami. Ahli-ahlinya ialah seorang pemegang tiga
pedang iaitu Roronoa Zoro, pencuri licik dan pakar pengemudi kapal iaitu
Nami, penembak yang penakut dan pencipta iaitu Usopp, chef dan ahli
mempertahankan diri iaitu Sanji, doktor yang berupa rusa iaitu Tony Tony
Chopper, ahli arkeologi Nico Robin, pembuat kapal yang berupa cyborg iaitu Franky dan tengkorak hidup yang bermain muzik iaitu Brook.
Watak protagonis dalam One Piece ialah sebahagian daripada Lanun Topi Jerami (Straw Hat Pirates),
sebuah kumpulan lanun yang terdiri daripada sembilan orang yang belayar
dari East Blue ke Grand Line selepas mendengar tentang sebuah lagenda
harta karun One Piece. Namun, semasa mencari harta karun itu, mereka
bertembung dengan Kerajaan Dunia (World Government) yang
mengganggu perjalanan mereka dan meletakkan ganjaran kepada sesiapa yang
menangkap mereka. Asalnya ahli kumpulannya hanya terdiri daripada Monkey D. Luffy seorang, tetapi bilangan ahli kumpulan bertambah kepada sembilan apabila cerita berjalan. Nama kapal pertama mereka ialah Going Merry; apabila ia rosak dan tidak boleh dibaiki, mereka mendapat kapal baru bernama Thousand Sunny.
Tahap kekuatan mereka dalam teknik pertempuran amat tinggi dari orang
biasa. Setiap ahli mempunyai ganjaran ke atas kepala mereka diturunkan
oleh Kerajaan Dunia (World Government), dengan menggunakan mata wang Berries, pada masa ini jumlah keseluruhan ganjaran semua ahli ialah 800,000,050 Berries.
