Kisah bermula 12 tahun sebelum era lanun, Raja Lanun Gol D. Roger
semasa hari pemancungannya sambil tersenyum telah meninggalkan wasiat,
dia menyerahkan harta karunnya One Piece kepada sesiapa sahaja yang
menemuinya. Setelah kematian Gol D. Roger ramai orang menjadi lanun dan
berlepas ke Grand Line untuk mencari One Piece dan era lanun pun bermula.
One Piece berkisar mengenai seorang budak bernama Monkey D. Luffy yang memulakan pengembaraan dan mengumpulkan anak kapal secukupnya untuk berlayar merentangi Grand Line mencari harta karun legenda One Piece.
Kisah bermula semasa Lanun Shanks rambut merah menjadikan kampung
halaman Luffy sebagai pangkalannya. Setelah sekian lama, Shanks telah
bersedia untuk meninggalkan kampung Luffy untuk belayar ke Grand Line,
pada hari itu Luffy telah menyatakan hasratnya kepada Shanks untuk
menjadi raja lanun dan mengumpulkan anak kapal yang jauh lebih hebat
daripada anak kapal Shanks. Shanks yang teruja dengan kata-kata Luffy
telah mengamanahkannya dengan topi jerami kesayangannya dan meminta
Luffy menyerahkannya kembali kepada Shanks setelah Luffy menjadi lanun
terkuat kelak.
Di sepanjang pengembaraannya, seorang demi seorang anak kapal telah
menyertai Luffy, setiap daripada mereka memiliki keistimewaan
tersendiri, termasuklah sikap yang tidak masuk akal dan pendirian yang
berbeza namun memiliki suatu persamaan, mereka pernah melalui saat yang
sukar dan menyayat hati suatu ketika dahulu dan mempunyai impian hidup
sendiri serta semangat setiakawan yang tidak berbelah bagi.
Luffy kemudian menerima sebuah kapal bernama Going Merry atau Merry Go
sebagai tanda terima kasih daripada penduduk kampung sebuah pulau.
Sepanjang pengembaraan mereka Going Merry telah menerima banyak
kerosakkan yang hampir mustahil untuk dibaiki kerana ketiadaan tukang
baiki kapal sehinggakan akhirnya mereka terpaksa meninggalkan kapal
tersebut dan membakarnya melalui upacara pengkebummian ala Viking
sebagai tanda menghormati ahli penting. Luffy kemudian menerima sebuah
lagi kapal yang baru daripada salah seorang anak kapal sebagai tanda
penghargaan, kapal ini dipanggil Thousand Sunny dan memiliki struktur yang lebih besar dan dibina dari kayu yang paling kukuh dalam dunia serta memiliki banyak kelebihan lain.
Hihi this is very fun
ReplyDelete