Cerita-cerita Menarik:-

Cerita-cerita Menarik:-

Monday 2 December 2013

Anime One Piece (Versi Melayu : Budak Getah)

PENGENALAN

                Siri manga dan anime One Piece mempunyai suatu kumpulan watak yang banyak direka oleh  Eiichiro Oda. Siri ini berlatarkan sebuah dunia fiksyen yang mempunyai banyak lanun, askar, revolutionaries dan pengembara lain bertarung sesama sendiri, menggunakan pelbagai kuasa luar biasa. Siri ini mengisahkan tentang pengembaraan sebuah kumpulan lanun mencari harta karun bernama One Piece.

                Watak utama dalam One Piece ialah Monkey D. Luffy, lanun muda yang bercita-cita untuk mencontohi Gol D. Roger, Raja Lanun yang telah meninggal dunia, dengan mencari harta karun "One Piece". Dalam perkembangan siri ini, Luffy membentuk sebuah kumpulan lanun, dipanggil Lanun Topi Jerami. Ahli-ahlinya ialah seorang pemegang tiga pedang iaitu Roronoa Zoro, pencuri licik dan pakar pengemudi kapal iaitu Nami, penembak yang penakut dan pencipta iaitu Usopp, chef dan ahli mempertahankan diri iaitu Sanji, doktor yang berupa rusa iaitu Tony Tony Chopper, ahli arkeologi Nico Robin, pembuat kapal yang berupa cyborg iaitu Franky dan tengkorak hidup yang bermain muzik iaitu Brook.

WATAK PROTAGONIS


                Watak protagonis dalam One Piece ialah sebahagian daripada Lanun Topi Jerami (Straw Hat Pirates), sebuah kumpulan lanun yang terdiri daripada sembilan orang yang belayar dari East Blue ke Grand Line selepas mendengar tentang sebuah lagenda harta karun One Piece. Namun, semasa mencari harta karun itu, mereka bertembung dengan Kerajaan Dunia (World Government) yang mengganggu perjalanan mereka dan meletakkan ganjaran kepada sesiapa yang menangkap mereka. Asalnya ahli kumpulannya hanya terdiri daripada Monkey D. Luffy seorang, tetapi bilangan ahli kumpulan bertambah kepada sembilan apabila cerita berjalan. Nama kapal pertama mereka ialah Going Merry; apabila ia rosak dan tidak boleh dibaiki, mereka mendapat kapal baru bernama Thousand Sunny. Tahap kekuatan mereka dalam teknik pertempuran amat tinggi dari orang biasa. Setiap ahli mempunyai ganjaran ke atas kepala mereka diturunkan oleh Kerajaan Dunia (World Government), dengan menggunakan mata wang Berries, pada masa ini jumlah keseluruhan ganjaran semua ahli ialah 800,000,050 Berries.


AHLI-AHLI STRAW HAT PIRATES

1. MONKEY D. LUFFY

                     Monkey D. Luffy, yang juga dikenali sebagai Budak Topi Jerami dan Budak Getah, ialah kapten Lanun Topi Jerami (Straw Hat Pirates) dan watak utama One Piece. Dalam permulaan cerita, dia secara tidak sengaja makan Buah Getah (Inggeris:Gum-Gum Fruit Jepun:Gomu Gomu No Mi), sebuah Buah Devil yang menyebabkan badannya mempunyai ciri-ciri getah. Selain kebolehan buah devilnya, dia juga mempunyai kuasa Haki yang belum dijelaskan dalam cerita ini.

2. RORONOA ZORO

                Ahli pertama yang menyertai kumpulan lanun ini ialah Roronoa Zoro, atau nama samaran "Pemburu Lanun" Zoro (Inggeris: "Pirate Hunter" Zoro, Jepun: Kaizoku-Gari no Zoro) ialah pemedang yang berlawan dengan tiga pedang, dengan memegang pedang ketiga di mulut. Untuk mengotakan janjinya kepada sahabat lamanya, Kuina, dia berhasrat untuk menjadi pemedang terhebat dunia dengan mengalahkan Dracule Mihawk. Zoro pernah menjadi pemburu lanun untuk menampung perbelanjaan hidup sebelum berjumpa dengan Luffy.

3. NAMI

               Ahli yang kedua yang telah menyertai ialah Nami iaitu jurumudi dan pencuri dalam Lanun Topi Jerami. Dia mempunyai kebolehan untuk mengesan dan menganalisa perubahan cuaca. Dia juga seorang penyelop saku yang licik. Impiannya ialah untuk melukis peta seluruh dunia. Dalam cerita, Nami berlawan menggunakan kayu unik yang boleh dibengkokkan.

4. USOPP


                Ahli yang ketiga di dalam anime One Piece ialah Usopp yang mempunyai alias Sogeking ialah penembak tepat (Sniper) Lanun Topi Jerami. Dia seorang pembohong, pencipta berbakat dan pelukis yang berkebolehan. Senjata utamanya ialah lastik, yang dia gunakan untuk tembak pelbagai jenis peluru, antaranya telur busuk dan shuriken hinggalah sos pedas, dan peluru berapi dan bom.

5. SANJI


                Ahli yang keempat ialah Sanji iaitu seorang chef dalam Lanun Topi Jerami. Dia tahu tentang bagaimana rasanya kelaparan daripada pengalamannya sendiri, jadi dia tidak akan menolak makanan yang diberi. Dia juga seorang yang sangat hormat terhadap wanita, baik kawan mahupun musuh. Impiannya ialah untuk mencari All Blue, sebuah laut lagenda, yang mempunyai semua spesies ikan di dalamnya. Sanji hanya menggunakan tendangan apabila berlawan. Dia memberitahu bahawa tangan seorang chef amat berharga dan tidak harus digunakan apabila berlawan.

6. TONY TONY CHOPPER


                 Ahli yang kelima yang telah menyertai pasukan lanun ini ialah Tony Tony Chopper iaitu doktor dalam Lanun Topi Jerami. Dia ialah seekor rusa kutub dan bertemu dengan Luffy semasa Lanun Topi Jerami singgah di Drum untuk mencari doktor bagi menyelamatkan Nami. Dia telah memakan Buah Hito Hito (ヒトヒトの実 Hito Hito no Mi) yang menukar pemakannya menjadi orang. Dia mempunyai kebolehan untuk menukar dirinya kepada 7 jenis penukaran dan semakin bertambah apabila pegembaraan mereka semakin jauh.

7.  NICO ROBIN


              Ahli yang seterusnya iaitu ahli yang keenam yang telah menyertai pasukan lanun ini iala Nico Robin iaitu seoran ahli arkeologi dalam Lanun Topi Jerami. Dia seorang yang dikehendaki oleh Kerajaan Dunia sejak dia berumur 8 tahun. Robin telah memakan Buah Hana Hana (ハナハナの実) yang membolehkan mana-mana bahagian badannya tumbuh pada mana-mana benda hidup lain.

8. FRANKY


          Ahli yang ketujuh pula ialah Franky iaitu seorang cyborg yang merupakan tukang kapal bagi Lanun Topi Jerami. Franky seorang yang pakar di dalam membina kapal dan juga senjata. Franky telah dijumpai oleh kumpulan Lanun Topi Jerami semasa kumpulan lanun itu singgah di sebuah pulau yang mana tempat yang dipenuhi oleh pakar-pakar di dalam penukangan. Luffy telah menyukai Franky dan menawarkan untuk menyertai kumpulan lanun mereka untuk meneruskan pengembaraan.

9. BROOK


          Ahli kumpulan yang kelapan dan juga yang terakhir ialah Brook iaitu seorang lanun dan juga pemuzik yang telah memakan Buah Yomi Yomi (ヨミヨミの実 Yomi Yomi no Mi), buah syaitan jenis Paramecia yang membolehkan pemakannya hidup semula setelah mati sekali dan rohnya tinggal pada jasadnya. Di samping itu, Brook Juga merupakan seorang pemedang yang handal. Dua tahun selepas Perang Terhebat, Brook telah berjaya mempelajari kuasa baru bagi Buah Yomi Yomi yang membolehkan rohnya meninggalkan jasad.


Rujukan : credit to One Piece 

No comments:

Post a Comment