Cerita-cerita Menarik:-

Cerita-cerita Menarik:-

Wednesday 11 December 2013

ONE PIECE FAN : SHICHIBUKAI

PENGENALAN


http://fc08.deviantart.net/fs71/i/2012/276/1/e/shichibukai_by_abbadon82-d41n7re.jpg

Dalam One Piece, Shichibukai (七武海 Shichibukai, secara harfiah Tujuh Dewa Laut) merupakan sekumpulan bekas ketua lanun yang terkuat suatu masa dulu dengan nilai ganjaran yang tinggi. Mereka kini merupakan sekutu Kerajaan Dunia, memburu penjenayah atau lanun-lanun lain, dan membayar sepersepuluh harta rampasan mereka kepada Kerajaan. Sebagai balasan, kesalahan lampau mereka diampunkan dan ganjaran mereka dibekukan. Atas sebab ini, lanun lain menggelar mereka sebagai "anjing kerajaan".


ANGGOTA SHICHIBUKAI 

Jyuhakyu Mihawk
Si mata helang dengan kemahiran berpedang tiada tandingan dalam dunia One Piece. Namun dia pernah bertanding seri dengan Shanks rambut merah suatu ketika dulu. Menewaskan Roronoa Zoro dengan mudah dan meninggalkan parut panjang di atas dada Zoro.

Donxiote Doflamingo
Selalu kelihatan memakai cermin mata hitam yang tirus di hujung, dengan jaket bulu burung bangau berwarna merah jambu. Bekas kapten lanun dengan kuasa buah syaitan untuk memanipulasikan tubuh orang lain seperti boneka, memiliki nilai ganjaran paling tinggi setakat ini.

Bartholomew Kuma
Selalu kelihatan membawa kitab Bible, berpakaian dengan corak berbentuk sasaran silang dengan topi bertelinga beruang, Kuma adalah beruang dalam bahasa Jepun. Senjata rahsia kerajaan yang merupakan cyborg separuh siap yang digelar Pacifista, memiliki kuasa untuk mengalih dan memantulkan sebarang benda termasuk udara.

Boa Hancock
Satu satunya ahli perempuan dalam kumpulan Shichibukai, dengan penampilan yang jelita dia menggelarkan dirinya perempuan yang tercantik di dunia dan bersikap angkuh. Kapten bagi lanun Kuja, sebuah kumpulan lanun wanita yang mendiami sebuah pulau misteri Amazon Lily yang didiami hanya kaum wanita yang terletak di Calm Belt iaitu sebuah perairan yang bercuaca tenang tanpa angin dan merupakan sarang bagi Sea king, memiliki kuasa untuk menukar sesiapa sahaja menjadi batu seandainya mereka tertawan dengan kecantikannya kecuali luffy. Setelah mengharungi beberapa siri Hancock bertemu dengan Luffy dan jatuh hati padanya. Hancock menjadi individu penting kepada Luffy ketika cuba membebaskan Ace dari tahanan.


Trafalgar Law
Salah seorang daripada Sebelas Supernova. Dia memakan buah syaitan Ope-Ope yang membolehkannya mengawal kedudukan dan keadaan segala benda dalam ruang yang diciptanya. Dilantik menjadi Shichibukai setelah dalam dua tahun selepas perang menentang Lanun Janggut Putih.

Buggy Si Badut Bintang
Dia mempunyai kuasa buah syaitan Bara Bara yang membolehkannya memisah-misahkan badannya. Selepas perang menentang Lanun Janggut Putih, dia diangkat menjadi Shichibukai.

 BEKAS ANGGOTA SHICIBUKAI

Sir Crocodile
Berpakaian ala ketua Mafia dengan kot jubah bulu yang disangkut pada bahu, memiliki parut panjang menyilang wajahnya merentasi hidung dengan mata separuh tertutup. Tangan kirinya merupakan cangkuk besi sama seperti kapten Hook dalam cerita Peter Pan. Seorang yang dingin dan kejam, dia bercita cita untuk menakluki Alabasta melalui perancangannya untuk menjatuhkan raja yang memerintah Alabasta.

Crocodile juga merupakan ketua sindiket Baroque Works, dengan nama kod Mr. 0, sebuah organisasi pembunuh yang dianggotai oleh sekumpulan pembunuh handalan, Crocodile memiliki kuasa buah syaitan pasir yang membolehkan tubuhnya berubah menjadi pasir dan kuasa memanipulasikan pasir. Dia begitu angkuh kerana kekuatannya namun kemudian tewas di tangan Luffy di Alabasta dan pangkatnya dilucutkan. Dia dipindahkan ke Impel Down, sebuah Penjara yang ditakuti dunia.

Jinbei
Bekas ketua bagi lanun manusia ikan yang kini diterajui oleh Arlong, mempunyai niat dalam pendamaian dunia lanun. Pada asalnya sangat menbenci semua lanun di dunia tetapi sangat menghormati Lanun Janggut Putih kerana melindungi pulau manusia ikan yang dahulunya sering menjadi sasaran lanun untuk menculik duyung dan menjual dengan harga yang mahal. Membantu Luffy dalam perjalanan menyelamatkan Ace yang hampir dihukum mati setelah ditangkap oleh angkatan laut. Kedudukannya sebagai Shichibukai dilucutkan setelah dia enggan bekerjasama dalam perang menentang Lanun Janggut Putih malah membantu Luffy dalam usahanya menyelamatkan Ace.


Gecko Moria
Kapten bagi Thriller Bark, sebuah taman tema di atas pulau hantu yang telah diubahsuai menjadi sebuah kapal yang terbesar di dunia, memiliki kuasa memanipulasikan bayang bayang. Tewas di tangan Luffy. Selepas perang menentang Lanun Janggut Putih, dia dibunuh oleh Doflamingo yang diarah oleh pihak atasan dalam Marin.


Marshal D. Teach
Dikenali sebagai Lanun Janggut Hitam. Berbadan besar dengan baju putih yang tidak berbutang mendedahkan bahadian dadanya yang berbulu lebat, memakai topi hitam berbentuk sarung. Memiliki kuasa mengawal kegelapan yang menyerap segala yang disentuh oleh kegelapan tadi seperti lubang hitam. Kuasanya dianggap yang paling berbahaya di antara semua kuasa buah syaitan.

Teach dilantik menjadi Shichibukai menggantikan Crocodile setelah menewaskan Portagas D. Ace yang berkuasa api. Namun demikian, dia meletakkan jawatan sebagai Shichibukai semasa penghujung peperangan menentang Lanun Janggut Putih berikutan kejayaannya merekrut beberapa orang banduan paling berbahaya sebagai ahli kumpulannya serta memperolehi buah syaitan Gura Gura daripada Janggut Putih melalui kaedah yang tidak diketahui.

credit to ------> SHICIBUKAI

No comments:

Post a Comment